Office aku ni OPEN CONCEPT... BOSS busat pun duduk sama ngan kita.. tak ada partition atau pun bilik utk big boss. Bilik yg ada kat sini pun adalah pantry dan conference room.. itupun conference room boleh nampak dalam pasal ada tingkap kaca.
Puan manager terpaksa duduk dibelakang aku kerana :-
1. Tempat lama dia akan diduduki orang baru untuk FREIGHT department dan boss perlu orang itu berhadapan dengan dia;
2. Bila puan manager dah berpindah ke tempat duduk yg baru di belakang (jauh sikit dari aku) selama dua minggu.. dia mengalami kesakitan kepala kerana office ini SENGET.. (betul!! aku tak bedek... sengetttttt... slanting down.. so sapa duduk tak stable dan tend to slant a bit and you'll get a headache or backache.);
3. Pastu posisi meja dialehkan (last friday...) ingat dia boleh lah duduk dengan selamatnya tapi masih tak boleh...;
4. Pagi tadi bila dia ckp tak boleh tahan jugak... yang lelain suggestkan meja dialehkan dibelakang aku.. (aku tau sekor dua kawan keje aku - senior yg dulu 'sound' aku.. korang ingat entry lama aku tu? - dah sesenyum melereeeeeetttt dan giggle² pasal tau lah aku kene kurengkan ataupun terus tak leh nak PM-PM (Private Message) atau chat-mengchat lagi) dan smua bergotong-royong menolong termasuk aku lah (kes paksa diri tolong tak nak tunjukkan rasa kesedihan yang teramat...)...
Dan bila aku letak status aku seperti itu... aku dapat 4 PM!! DUA member chatter (siot je korang eh....) boleh lak dedua tu sama letak... "PADAN MUKA *emot ketawa gegolek*" pastu seorg lagi sweet je dia letak.."alololollloo sian dia *emot ketawa*"... dan yang lagi sorg.. "manager dah duduk belakang *emot ketawa*.. apologise for this PM"
Anyway.. wa tak pedulik..!!!! This thing will not deter me (degil kan aku..wakakakaaa.. cari maut ni namanya..)... :D korang nak PM korang PM je.. tapi reply dapat lambat nasiblah korang eh... wakakakaaaaaa..
Tempat saya bekerja...
Tak ke dekat tu kan?... Stress akak oiiii...