Thursday, November 12, 2009

The story goes like this...

Pada hari yg ke 14 kita berpuasa.. anak sulung ku menangis kesakitan. Perut dia sakit.. aku fikirkan dia tak nak puasa dan tak nak ke sekolah so aku pun mcm acuh tak acuh je... last last dia tak pegi skolah dan pada malamnya kita bawa dia ke klinik. Doktor kata URINE INFECTION dan diberikan ubat segala. Keesokkan harinya lagi skali dia ngadu sakit perut... lepas berbuka kita bawa dia ke KKH. Kat KKH dia masih rasa sakit segala.. last last kena warded. Selama dia kat sana aku lah jadi tukang jaga... tapi tak tidur ngan dia. Aku balik bila siang hari baru aku ke ward.


Ward penuh smua katil berpenghuni... doktor sahkan dia ada mild appendicitis. So kita decide to let her have the ops.


Bila dah discharge.. 3 hari kemudian dia ckp sakit perut lagi.. lagi sekali kita bawa dia ke KKH kene warded lagi.


Suami aku yg temankan dia kat spital aku lak gi kerja tapi lepas balik keje singgah ke KKH dan berbuka disana.. pastu kita berdua pulang ke rumah tinggalkan dia kat spital (ward penuh.. smua katil berpenghuni..).


Tapi rupanya dimalam hari dia didatangi "tetamu"... budak kecik (nak berkawan ngan dia dan dia setuju), cik "pon" serta beberapa makhluk pun datang menjenguk dia... dia tak britau kita..


Bila discharge aku bawa dia balik.. lagi 3 hari dah nak raya.. so dah rasa mood untuk raya gaklah kan. Bila kat rumah suami tepon dia tak balik berbuka as dia gi rumah kakak dia nak tolong skit. Lepas solat maghrib aku bermesra dengan anak aku dua org tu.. yg sulung berada kat dlm bilik dia.. aku panggil dia gak.. dia kata dia rasa nak muntah dan perut tak sedap.. aku bawa dia ke tandas.. tak muntah pastu aku suruh dia baring kat bilik untuk berehat.. pastu dia kata kat aku.. "Mama.. jgn baca doa eh.. kakak panas.." dalam hati aku berkata.. APAKAH??!!.. aku tak peduli aku baca surah Al-Fateh, Ayatul kursi, Al-Falaq, Al-Ikhlas dan apa² surah yg aku tau.. dia menjerit-² dan menangis.. "Mama.. jgn baca.. jgn baca.. Kakak panas.. ada api ada api... jgn baca.." aku tak peduli aku baca jugak surah².. dia terjerit² lagi.. pastu dia kata.. "Mama dia datang.. dia datang.. suruh dia pegi.. suruh dia pegi..."

Meremang gaklah bulu roma aku... Aku telefon suami aku suruh dia balik rumah.. dia ingat sakit perut lagi tapi aku cakap ni lain.

Bila suami aku balik anak aku masih lagi menangis dan ketakutan aku masih lagi membaca surah². Aku terangkan apa yang terjadi...

Pendekkan cerita.. ada dua org tukang ubat (katanya lah) membuat rukyah tapi bukan makin kluar.. makin kerasukan anak aku.. sampai empat orang nasihatkan kita suruh hentikan berubat dengan mereka dan cari org lain... so total about 6 people yang kita jumpa. The fifth person dapat lah kluarkan segala apa yang ada kat dalam badan dia... seems ada 70 benda yang bertempek kat dia... imagine!!.. pastu kita pergi ke Shah Alam berjumpa dengan seseorg... alhamdulillah selepas jumpa yang keenam ni barulah dia seperti biasa... (Puaka betina yang last dpt tarik kuar). Syukurlah...